WCT Laksana CSR Rai Murid SK Seri Indah
04 April 2023

KUALA LUMPUR: WCT Holdings Bhd (WCT), syarikat pegangan pelaburan dengan perniagaan dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, pembangunan dan pelaburan hartanah, pengurusan pusat beli-belah dan hotel, menganjurkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), WCTGives 'Raikan Sesi Kembali ke Sekolah' di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Indah, Taman OUG baru-baru ini.

Menurut WCT, inisiatif CSR sempena sesi persekolahan baharu, bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya merangkumi pengagihan peralatan sekolah, pek cenderahati dan duit raya kepada 140 orang murid daripada golongan B40.

"Selain itu, WCT turut menyampaikan sumbangan wang tunai bagi membiayai aktiviti sekolah bagi sesi akademik baharu," katanya dalam satu kenyataan.

Kumpulan WCT juga bekerjasama dengan hotelnya, Hotel Premiére, Klang, untuk mengagihkan 330 pek Bubur Lambuk kepada semua murid dan guru di SK Seri Indah.

Tahun lalu, Kumpulan WCT telah melancarkan 'WCTGives' yang merangkumi tiga tonggak, iaitu #WeCareTogether, #EducationforAll, dan #AGreenerTomorrow, di mana syarikat telah memperuntukkan 0.2 peratus daripada jumlah pendapatan tahunan sebelumnya untuk membiayai pelbagai program CSRnya yang merentasi semua bahagian perniagaan.

"Program CSR 'Raikan Sesi Kembali ke Sekolah' adalah antara inisiatif Kumpulan WCT di bawah tonggak #EducationforAll untuk memberi sokongan pendidikan kepada murid-murid yang kurang berkemampuan," katanya.

Click here to read original article from bharian.com.my.

Latest Newsroom
3/22/2024
Free Malaysia Today