WCT Malls raih pengiktirafan melalui keunggulan inisiatif VBS (Advertorial)
25 October 2024
PETALING JAYA, 25 OCTOBER 2024: WCT Malls terus membuktikan keunggulannya sebagai pengelola pusat beli-belah terkemuka walaupun sewaktu keadaan ekonomi yang mencabar melalui kempen pemasaran Voucher Bonanza Sales (VBS).
Ia dibuktikan lagi apabila syarikat itu menerima pengiktirafan Marketing Initiative of the Year dalam Retail Asia Awards dan memenangi tempat kedua bagi kategori Best Shopper/Retail Experience di Marketing Excellence Awards pada 2023.
Selain itu, pengiktirafan WCT Malls sebagai Best Retailer Collaboration di Global Brand Awards pada tahun 2024, membuktikan lagi kejayaan dan kehebatan strategi ini.
Pada awalnya, inisiatif ini diperkenalkan bagi membantu peniaga menangani krisis penurunan mendadak jumlah pengunjung dan ketidaktentuan ekonomi yang menjejaskan sektor perniagaan ketika pandemik COVID-19 melanda.
Kini, ia berkembang menjadi strategi jangka panjang bagi syarikat itu dalam memastikan setiap perniagaan di bawah naungan WCT Malls kekal berdaya saing walaupun ketika dunia berada di pasca COVID-19.
Melalui inisiatif VBS ini, pelanggan boleh mendapatkan baucar sehingga 20 peratus yang boleh digunakan di kedai-kedai terpilih di mana-mana pusat beli-belah naungan WCT Malls.
Ia bukan sahaja menggalakkan perbelanjaan dalam kalangan pembeli tetapi juga mewujudkan pembeli setia yang berulang kunjung ke pusat beli-belah berkenaan.
Bagi peniaga yang terkesan dengan kemelesetan ekonomi pula, VBS menjadi peluang penting bagi meningkatkan jualan serta mengekalkan hubungan baik mereka dengan pelanggan.
Setakat ini, lebih 400 jenama terkemuka seperti Sephora, Watsons, Uniqlo dan Harvey Norman menyertai inisiatif ini.
Ia juga mendorong penggunaan aplikasi WCT Buddy Loyalty, yang mana pengguna boleh mendapatkan baucar secara eksklusif melalui aplikasi berkenaan.
Selain itu, tawaran eksklusif melalui aplikasi WCT Buddy Loyalty App turut meningkatkan muat turun dan penggunaan aplikasi, serta memupuk kesetiaan pelanggan yang berulang kali kembali ke pusat beli-belah WCT Malls.
Sejak dilancarkan, VBS menjana lebih RM42 juta dalam jualan, memaparkan betapa pentingnya inovasi ini dalam mendorong pertumbuhan jualan bagi penyewa.
Bukan itu sahaja, semakin ramai pelanggan mengakui bahawa baucar diskaun ini menjadi sebab utama mereka memilih untuk membeli-belah di WCT Malls, sekali gus mengukuhkan lagi kesetiaan terhadap jenama ini.
Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls, Selena Chua berkata, kunci utama untuk kekal relevan dalam industri perniagaan adalah melalui inovasi dalam strategi pemasaran.
"Inisiatif VBS menjadi bukti bahawa dengan memahami kehendak pasaran dan menyusun strategi yang tepat, kita boleh mencipta nilai kepada semua pihak," katanya.
Kerjasama strategik tingkatkan nilai
Antara faktor lain kejayaan VBS adalah kerjasama di antara WCT Malls dengan institusi kewangan dan platform pembayaran digital.
Melalui kolaborasi bersama VISA, Mastercard, Union Pay dan GrabPay, inisiatif ini berjaya memperluaskan capaiannya serta menawarkan lebih banyak kaedah pembayaran kepada pembeli.
Sebagai contoh, kempen kerjasama bersama VISA mengkhususkan pemegang kad VISA menikmati diskaun khas ke atas pembelian baucar melalui aplikasi WCT Buddy dan menjadikan pengalaman seterusnya lebih mudah dan berbaloi.
Dengan kejayaan yang memberangsangkan ini, WCT Malls akan terus komited untuk meneroka lebih banyak peluang inovasi bagi memastikan pengalaman beli-belah yang lebih baik dan relevan untuk masa akan datang.
Click
here to read original article from Berita Harian