WCT Sokong Komuniti Melalui Inisiatif Aidiladha
03 June 2026
GOMBAK, 2 JUNE 2026 - WCT Holdings Berhad (WCT) menzahirkan komitmennya terhadap kesejahteraan komuniti melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Hari Raya Aidiladha yang diadakan di Surau Al-Mukmin, Taman Mutiara Gombak, baru-baru ini.
Dianjurkan di bawah WCTGives dan dipandu menerusi tonggak #WeCareTogether, inisiatif itu bertujuan menyokong komuniti setempat di samping menyemarakkan semangat keprihatinan, perpaduan dan berkongsi rezeki semasa musim perayaan. Daging korban telah diagihkan kepada hampir 200 golongan asnaf dan B40 di kawasan setempat.
KAKITANGAN WCT Holdings, wakil Surau Al-Mukmin dan komuniti setempat menjayakan program CSR sempena Hari Raya Aidiladha, baru-baru ini.
Click
here to read the original article from Utusan Malaysia.