WCT Menang Kontrak RM600 Juta Bina Blok Pejabat 41 Tingkat di Tun Razak Exchange
28 August 2026

KUALA LUMPUR, 28 AUGUST 2026 – Anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd, WCT Bhd, dianugerahkan kontrak pembinaan bernilai RM600.88 juta daripada Pelangi Pasifik Sdn Bhd.

Kerja-kerja tersebut meliputi pembinaan sebuah blok pejabat 41 tingkat di Lot 20076 (Plot 7) dan sebahagian Lot 20077 (Plot 8), Seksyen 67, Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur.

"Skop kerja di bawah kontrak tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada kerja-kerja awam dan struktur, kerja-kerja seni bina, kerja-kerja mekanikal, elektrik dan paip, kerja-kerja fasad, landskap, kerja-kerja luaran serta kerja-kerja berkaitan lain," kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kerja-kerja berkenaan akan bermula pada 1 Disember.

Click here to read the original article from Berita Harian.

Latest Newsroom