RM2 juta bantu mangsa banjir
01 January 2022

MAJLIS penyerahan sumbangan untuk membantu mangsa banjir oleh Pavilion REIT. WCT Holdings dan Malton di Kuala Lumpur, semalam.

PETALING JAYA: Pavilion REIT, WCT Holdings Berhad dan Malton Berhad menyalurkan sumbangan kewangan berjumlah RM2 juta dan barangan keperluan untuk membantu mangsa banjir di negeri terjejas.

Dalam kenyataan bersama, syarikat berkenaan berkata, sumbangan itu sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (SCR) mereka untuk memastikan keperluan segera komuniti terjejas terurus selepas banjir.

Jelasnya, dalam menjayakan usaha tersebut, mereka beker-jasama dengan Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit Siri Ke-2, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), dan Mercy Malaysia.

Sumbangan cek telah disampaikan kepada Pengerusi Ke-bangsaan PBSM, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah; Bendahari Tabung Ikhtiar, Dr. Shahrul Baharim dan Naib Presiden Mercy, Datin Raja Rlza Shazmin.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksektif Pavilion REIT, Datuk Philip Ho bersama Timbalan Pengarah Urusan WCT Holdings, Peter Chow dan Pengarah Eksekutif Malton, Chua Thian Teck.

"Program bantuan banjir adalah selaras dengan peranan syarikat sebagai warga korporat yang bertanggungjawab dari segi sosial untuk membantu dalam memberi bantuan kepada komuniti yang terjejas akibat banjir.

"Sumbangan akan disalurkan untuk menampung keperluan mangsa termasuk perubatan, bekalan makanan, barangan ke-bersihan dan keperluan lain "jelasnya dalam kenyataan.

Click here to read original article on Utusan Malaysia
Latest Newsroom
3/22/2024
Free Malaysia Today