5 Aktiviti Menarik Di Festival Bangsa Johor
17 March 2022

Paradigm Mall JB meraikan Mac dengan penganjuran Festival Bangsa Johor sempena Hari Keputeraan dan Pertabalan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Festival ini juga dijalankan bagi menghargai budaya dan memelihara nilai dan tradisi negeri Harimau Selatan ini.

Ia direncana untuk meraikan warisan budaya negeri Johor yang unik dan berwarna-warni serta membentuk identiti rakyat Johor sejati pada hari ini.

Pelbagai aktiviti sosial, masyarakat dan kebudayaan bakal dipersembahkan!

Berikut kami senaraikan lima aktiviti paling menarik yang menanti pengunjung dari seluruh Malaysia ke Festival Bangsa Johor seperti yang tertera:

#1 Pameran Muzium Diraja Johor

Pameran Muzium Diraja Johor bakal mempamerkan kemegahan ‘Istana Besar Johor’ dari 18 Mac hingga 31 Mac.

Bersama MuzArt International, sebuah bengkel kreatif turut dijalankan pada 23 Mac untuk merayakan Hari Kebesaran Sultan Johor ini.

Bengkel ini akan menjemput anak-anak Johor (bawah 18 tahun) untuk mencipta kad hari jadi istimewa untuk baginda secara besar-besaran dan akan diserahkan sendiri kepada baginda.

#2 Kempen #FightLikeJalil

Bagi memperingati semangat Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail, sebuah kempen kesedaran kanser, #FightLikeJalil bakal dijalankan pada 26 dan 27 Mac.

Kempen ini diterajui oleh Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation (TLJCF) bagi menyebarkan kesedaran tentang barah kepada golongan muda di Johor.

Pengunjung boleh menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan seperti pemeriksaan kanser, sesi fisioterapi, sesi bersama pakar pemakanan, sokongan emosi dan sukarelawan.

#3 Bazar kanak-kanak

Bagi menyokong budaya cinta dan penyayang dari usia muda, The Fairview International School bakal menganjurkan Bazar Amal Kanak-Kanak.

Istimewanya bazar ini kerana kanak-kanak yang menjual barangan terpakai mereka secara sukarela seperti buku, permainan dan barangan buatan tangan.

Hasil sumbangan daripada jualan mereka akan disumbangkan ke tabung TLJCF. Ia sedikit sebanyak mengajar kanak-kanak ini erti pengorbanan dan kasih sayang dalam masyarakat.

#4 Pameran JDT

Panggilan untuk penyokong tegar Johor Darul Ta’zim FC!

Yayasan JDT bakal menganjurkan pameran istimewa tentang bola sepak Johor.

Pengunjung juga boleh menyokong minat dalam sukan bola sepak anak-anak mereka dengan membawa mereka menyertai pertandingan bola sepak kanak-kanak dan acara treasure hunt.

Tanda kalender anda pada 18 Mac hingga 20 Mac ini!

#5 Bazar Makanan Tradisi Johor

Sebuah festival tidak lengkap tanpa makanan!

Bazar Makanan Tradisi Johor anjuran bersama Tourism Johor bakal berlangsung pada 18 Mac hingga 20 Mac.

Inilah masanya untuk anda merasai sendiri kelazatan makanan tradisi Johor dan kuih-muih tradisional negeri selatan ini!

Click here to read original article from Getaran.my.

Latest Newsroom
3/22/2024
Free Malaysia Today