Inisiatif Badan Korporat, NGO bantu Masyarakat Dihargai
25 April 2022

RANAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karanaan, Datuk Seri Masidi Man-jun memuji keprihatinan badan korporat, badan bukan kerajaan (NGO) serta indi-vidu yang membuat inisiatif untuk mem-bantu golongan memerlukan, khususnya pada bulan Ramadan yang mulia.

Beliau berkata, ia sentiasa sangat menggembirakan untuk melihat pelbagai organisasi dan individu tampil dan melakukan sesuatu untuk memberi balik kepada masyarakat seperti yang ditun-jukkan oleh sekumpulan tokoh korporat daripada WCT Berhad dan Persatuan Hakka Ranau.

Pada Sabtu, sebuah rombongan WCT Berhad diketuai Penyelarasnya di Sabah, Peter Dai dan Persatuan Hakka Ranau diketuai Pengerusinya, Datuk Jimmy Tham Yuk Leong menyumbangkan kira-kira 2,000 helai baju dan seluar jeans baharu bernilai RM30,000.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) merangkap Menteri Kewangan II Sabah, menerima sumbangan tersebut dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Peja-bat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Karanaan dekat sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Adun Dilantik, Datuk Amisah Yassin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karanaan, Rosdie Abd Ghani, dan Bendahari Dewan Perniagaan Cina Ranau (RCCC),ChinYun Hing.

Sementara itu, Jimmy turut mengucap-kan terima kasih kepada Masidi dan Peter yang meluangkan masa untuk men-jayakan majlis ringkas itu, walaupun jad-ual harian mereka padat.

"Kami gembira diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada usaha murni ini yang menghubungkan syarikat-syarikat besar dan menyediakan ruang untuk mereka menyumbang kepada masyarakat, terutama mereka yang memerlukan di Ranau.

"Kami faham bahawa tidak semua orang mampu membeli pakaian baharu untuk perayaan akan datang, terutamanya selepas tempoh panjang apabila semua orang bergelut dengan pandemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia.

"Jadi dengan sumbangan ini, kami berharap mereka yang memerlukan dapat menikmatinya kelak, terutama semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi," kata Jimmy yang juga Presiden RCCC.

Dalam majlis itu, Peter juga mengambil peluang menyumbang RM3,ooo untuk majlis berbuka puasa anjuran UPPM Karanaan.

Selepas majlis penyerahan sumbangan itu, Masidi dan rombongan terus ke Kg Ki-molohing Ranau untuk majlis berbuka puasa.

Click here to read original article from Daily Express (Sabah).

Latest Newsroom
3/22/2024
Free Malaysia Today