WCT Perkukuh Komitmen Bina Komuniti Mampan Menerusi WCTGives
15 March 2024
 
PETALING JAYA: WCT Holdings Bhd (WCT) mengukuhkan komitmennya 'Membina Komuniti Mampan dan Berkembang' melalui pelancaran pelbagai inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di bawah cadangan kemampanan dan CSR, WCTGives tahun ini.
 
Pengarah Urusan Kumpulan WCT, Datuk Lee Tuck Fook, berkata kumpulan telah mengiktiraf kepentingan yang semakin meningkat untuk mencapai keseimbangan yang harmoni antara keuntungan dan tanggungjawab sosial, dalam memastikan usaha perniagaan mencipta nilai untuk pemegang kepentingan dan masyarakat secara keseluruhannya.
 
"Melalui pelancaran pelbagai usaha CSR, WCT akan berusaha untuk membuat sumbangan bermakna kepada masyarakat sambil memacu perubahan positif dalam industri dan sebagainya.
 
"WCTGives bukan sahaja merangkumi tujuan Kumpulan kami untuk menyumbang kepada masyarakat dan alam sekitar, tetapi ia juga menekankan dedikasi teguh kami untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDGs) melalui pelancaran inisiatif CSR kami," katanya.
 
Dilancarkan pada 2022, WCTGives merangkumi tiga tonggak, iaitu #WeCareTogether, #EducationforAll, dan #AGreenerTomorrow.
 
Setiap satu tongak WCTGives memberi fokus kepada pelbagai program yang bertujuan memperkayakan kehidupan masyarakat, memberi sokongan pendidikan kepada golongan yang kurang berkemampuan, serta memelihara alam sekitar.
 
WCT akan memperuntukkan peratusan daripada jumlah hasil tahunannya untuk membiayai pelbagai program CSRnya yang merentasi semua bahagian perniagaan.
 
Jumlah sumbangan yang dibuat pada tahun kewangan 2023 untuk tujuan amal berjumlah RM2.9 juta.
 
Sejak penubuhannya, WCTGives telah memberi impak kepada 680 penerima dan melabur kira-kira RM326,007.79 kepada keluarga dan wanita B40, warga emas yang kurang bernasib baik serta pelajar.
 
WCTGives juga menjadi platform untuk pekerja syarikat melaburkan masa mereka dalam sukarelawan komuniti. Sehingga kini, Kumpulan telah mencapai 301 jam kerja sukarela komuniti.
 
Untuk memastikan masyarakat kurang bernasib baik terus menerima manfaat kebajikan, WCT melalui WCTGives, #WeCareTogether, melancarkan Program Jangkauan Komuniti 'Golden Harvest', untuk 150 keluarga Cina yang kurang bernasib baik di sekitar Klang, Selangor.
 
Selain itu, di bawah tonggak #EducationforAll, sokongan pendidikan juga giat diberikan kepada masyarakat setempat.
 
Bahagian Pembangunan Hartanah Kumpulan WCT baru-baru ini telah menyumbang kira-kira RM210,000 kepada Sekolah Kebangsaan Seri Indah, Taman OUG, Kuala Lumpur untuk membekal dan memasang peralatan taman permainan baharu di dua lokasi yang ditetapkan dalam kawasan sekolah.
 
Inisiatif itu telah memberi manfaat kepada seramai 272 pelajar dari peringkat tadika dan rendah.
 
Click here  to read original article from bharian.com.my. 
Latest Newsroom
3/22/2024
Free Malaysia Today