WCT Holdings Catat Hasil RM482.6 Juta Pada Q3FY25
25 November 2025
KUALA LUMPUR, 25 NOVEMBER 2025 - WCT Holdings Bhd mencatat peningkatan hasil kepada RM482.6 juta pada suku ketiga berakhir 30 September Oleh HAZIQ HAKIMI KUALA LUMPUR 25 Nov – WCT Holdings Bhd mencatat peningkatan hasil kepada RM482.6 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2025 (Q3FY25) berbanding RM437.5 juta pada suku sama tahun sebelumnya, menurut makluman kepada Bursa Malaysia.
Bagaimanapun, keuntungan boleh diagihkan kepada pemegang ekuiti merosot ketara kepada RM10.5 juta, jauh lebih rendah daripada RM173.2 juta yang direkodkan pada Q3FY24.
Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun kewangan 2025 (YTD25), WCT berkata hasil kumpulan melonjak 18% kepada RM1.51 bilion daripada RM1.28 bilion pada YTD24.
Namun, keuntungan kumpulan susut kepada RM37.8 juta, berbanding RM220.6 juta sebelumnya.
Menurut WCT, Divisyen Kejuruteraan dan Pembinaan merekodkan hasil RM736.7 juta (YTD24: RM699.7 juta) dengan sumbangan 48.9% kepada hasil disatukan kumpulan.
Namun, keuntungan operasi merosot kepada RM11.2 juta berbanding RM34.8 juta, disebabkan margin lebih rendah apabila beberapa projek ber-margin tinggi semakin menghampiri penyelesaian.
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Lee Tuck Fook berkata, tumpuan berterusan terhadap usaha mendapatkan projek telah membawa kepada kejayaan memperoleh kontrak bernilai RM365.2 juta daripada Projek Lebuhraya Usahasama Bhd (PLUS) bagi kerja-kerja menaik taraf Lebuhraya Utara-Selatan dari Yong Peng (Utara) ke Senai (Utara), Fasa 2: Sedenak ke Simpang Renggam.
“Projek ini memanfaatkan kepakaran WCT dalam kerja-kerja penaiktarafan dan pelebaran lebuh raya,” katanya.
Beliau menambah divisyen itu juga berjaya memperoleh pensijilan ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System, sekali gus mengukuhkan komitmen kumpulan terhadap tadbir urus dan integriti.
Menurut WCT, Divisyen Pembangunan Hartanah mencatat prestasi kukuh dengan hasil RM597.0 juta (YTD24: RM384.3 juta) dan keuntungan operasi RM100.5 juta (YTD24: RM36.9 juta).
Lonjakan prestasi tersebut dipacu oleh jualan lebih tinggi, bil penagihan lebih pantas serta jualan tanah.
Sehingga kini, jualan belum dibil kumpulan berada pada paras RM1.07 bilion.
Sementara itu, Divisyen Pelaburan dan Pengurusan Hartanah mencatat hasil lebih rendah RM173.9 juta dan keuntungan operasi RM64.9 juta (YTD24: RM197.2 juta dan RM284.1 juta).
Tambah WCT, penurunan itu disebabkan ketiadaan sumbangan pendapatan daripada Paradigm Mall Johor Bahru dan Bukit Tinggi Shopping Centre selepas kedua-duanya disuntik ke dalam Paradigm REIT pada 10 Jun 2025.
Keuntungan operasi juga susut kerana tiada pengulangan keuntungan pencairan kepentingan berjumlah RM184 juta yang direkodkan pada tahun sebelumnya.
Click
here to read the original article from Dagang News.