WCT Perkukuh Kesediaan ESG Pembekal Melalui Program Queen Bee
03 August 2026
 
KUALA LUMPUR, 3 AUGUST 2026 – WCT Holdings Bhd (WCT) melancarkan Program ESG Queen Bee, iaitu program sokongan pembekal berbayar yang menyediakan latihan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), pembangunan strategi penyahkarbonan serta penilaian semula karbon bagi tempoh hingga dua tahun.  
 
Dalam kenyataan hari ini, kumpulan itu memaklumkan program itu diperkenalkan pada sesi Vendor Sustainability Readiness Dialogue: Prepare for Future ESG and Project Requirements yang dihadiri wakil WCT, BSD Consultancy Sdn Bhd, Climate Asia Pte Ltd dan pembekal strategik terpilih dalam rantaian bekalan WCT. 
 
WCT memaklumkan tahun pertama program akan menumpukan kepada latihan ESG dan perkongsian pengetahuan, penilaian garis dasar karbon serta pembangunan strategi penyahkarbonan manakala tahun kedua melibatkan penilaian semula karbon bagi pembekal yang mengambil bahagian dan meneruskan pelaksanaan strategi penyahkarbonan yang dicadangkan pada tahun pertama.  
 
Yuran program akan ditentukan berdasarkan saiz dan skop operasisetiap pembekal yang mengambil bahagian. 
 
“Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, WCT telahmenandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama-samaBSD Consultancy bagi mewujudkan rangka kerja bagi pembangunandan pelaksanaan Program ESG Queen Bee WCT,” menurut kenyataanitu. 
 
WCT memaklumkan anak syarikat BSD Consultancy, Climate Asiaakan menyokong program itu menerusi kepakaran teknikal dalamaspek kemampanan dan perkhidmatan khidmat nasihat berkaitankarbon. 
 
Pengarah Urusan Kumpulan WCT Datuk Lee Tuck Fook dalamkenyataan sama berkata kumpulan itu sedar usaha membina masadepan yang mampan memerlukan komitmen kolektif di seluruhrantaian nilainya, dengan pembekal memainkan peranan penting dalam usaha tersebut. 
 
 “Menerusi Program ESG Queen Bee, kami berhasrat untukmenyokong pembekal terpilih dalam memperkukuh kesediaan dankeupayaan aspek kemampanan mereka selain menyumbang kepadarantaian bekalan yang lebih berdaya tahan dan bersedia untuk masahadapan,” katanya. 
 
Sementara itu, Pengarah Urusan BSD Consultancy Kelly Lee berkataprogram itu membolehkan WCT memainkan peranan sebagaipemangkin dalam menggalakkan pembekal dan rakan strategikmengambil langkah pertama ke arah kemampanan dan pengesanankarbon selaras dengan kepentingan yang semakin meningkatterhadap kesiapsiagaan rantaian bekalan dan pengesanan pelepasanSkop 3. 
 
“WCT berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi antarapeneraju awal dalam mempelopori pendekatan ini,” katanya. 
 
Ditubuhkan pada 1981 dan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia sejak 1995, WCT mempunyai kira-kira 2,000 pekerja danberoperasi di enam negara, dengan perniagaan teras merangkumi kejuruteraan dan pembinaan, pembangunan hartanah sertapelaburan dan pengurusan hartanah. 
 
Click here to read the original article from Bernama 
Latest Newsroom
8/4/2026
Malaysian Tribune