WCT Malls Kembalikan Kenangan Indah Berhari Raya
18 April 2022

Bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia dan kelak meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, WCT Malls telah mula dihiasi dengan dekorasi Hari Raya bersempena dengan Kempen Chupa Chups Raya yang menampilkan keunikan tradisi masyarakat Melayu.

WCT Malls Management Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan dan pengurusan hartanah di bawah WCT Holdings Berhad (“WCT”), sekali lagi memilih untuk bekerjasama dengan Chupa Chups untuk menghiasi pusat-pusat membeli-belahnya di Paradigm Mall Petaling Jaya, Paradigm Mall Johor Bahru dan gateway@klia2 di Sepang dengan dekorasi Hari Raya Aidilfitri yang unik dan menarik.

Kenangan zaman kanak-kanak sering kali menyentuh perasaan seseorang itu untuk mengimbas kembali detik-detik yang nostalgia kehidupan mereka.

Sehubungan itu, dengan berinspirasikan elemen nostalgia tempatan, bahagian utama atrium pusat beli belah ini telah dihiasi indah dengan pelbagai tarikan seperti Rumah Kampung Chupa Chups , stesen kereta api klasik dan juga permainan tradisional yang mampu mengusik kenangan silam.

Hiasan-hiasan ini bukan sahaja membuatkan para pengunjung mengenang kembali zaman kanak-kanak mereka, malah ia juga mampu memupuk penghargaan mereka terhadap warisan kebudayaan kita di kalangan generasi muda.

Selain hiasannya yang unik, WCT Malls turut menganjurkan pelbagai aktiviti dan persembahan serta menawarkan ganjaran beli belah yang menarik kepada pengunjungnya.

Para pembeli juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti Bazar Raya, Bazar Ramadan, Raya Sales dan banyak lagi.

Selain itu, pengunjung yang masih belum membeli barangan keperluan Hari Raya boleh menikmati pelbagai barangan jualan di gerai-gerai yang menawarkan barangan perayaan seperti Kuih Raya, pakaian, hamper, juadah tempatan dan banyak lagi Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan WCT Malls, Selena Chua berkata, “Kami amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Chupa Chups dalam usaha mewujudkan suasana Hari Raya yang eksklusif bagi para pembeli dan keluarga mereka.

Oleh yang demikian, dengan adanya dekorasi dan aktiviti menarik di pusat beli belah kami, kami berhasrat untuk mengembalikan semula suasana Hari Raya buat para pengunjung.

Memandangkan kita sudah memasuki fasa endemik, sambutan Hari Raya pada tahun ini akan menjadi lebih seronok di mana orang ramai mula pulang ke kampung halaman mereka untuk berkumpul semula bersama insan yang tersayang serta merasai suasana membeli barangan keperluan Hari Raya yang sudah tentunya amat dirindui semua! Selain itu, orang ramai dipelawa mengambil bahagian dan berhibur dalam pelbagai acara yang disediakan di WCT Malls.

Para pengunjung di Paradigm Mall PJ contohnya, boleh menyertai pertandingan baju raya dengan mempamerkan keunikan pakaian Hari Raya masing-masing.

Selain itu, para pengunjung juga boleh menyertai permainan mencari ketupat di mana mereka perlu mencari serta mengumpul ketupat sebanyak mungkin untuk memenangi hadiah dan ganjaran menarik.

Tahun ini, Paradigm Mall PJ juga turut bekerjasama dengan Pgeon bagi melancarkan kempen penghantaran khas yang membolehkan pembeli menghantar barangan yang dibeli kepada insan yang tersayang pada kadar bayaran yang istimewa.

Bagi Paradigm Mall JB pula, pelbagai aktiviti juga disediakan buat pengunjung termasuk berpeluang memenangi hadiah istimewa seperti Pertandingan Pertunjukan Little Miss Kebaya, Cabaran Menari TikTok serta Raya Shopping Voucher Hunt.

Baru-baru ini, Paradigm Mall JB telah diiktiraf sebagai pusat beli belah Perayaan Utama oleh Kerajaan Negeri Johor berikutan usahanya untuk memajukan pelancongan di negeri tersebut dengan mengintegrasikan elemen warisan budaya dan peruncitan moden.

Di samping itu, gateway@klia2 turut mengadakan jualan Raya yang menarik buat pengunjung di mana mereka dapat menikmati tawaran hebat dari pelbagai jenama dan barangan di pusat beli-belah lapangan terbang itu.

Tambahan lagi, pengunjung juga boleh menikmati aktiviti menarik di gateway@klia2 seperti persembahan musikal Raya, peraduan mewarna dan mengambil gambar dalam talian serta Raya Shopping Voucher Hunt.

Kami juga ingin memaklumkan berita baik buat para pengunjung! Bagi setiap pembelian pada sepanjang bulan ini, pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk barangan Chupa Chups edisi terhad seperti sampul Raya, Tote Bag dan Thermo Flask apabila mereka membelanjakan wang dalam jumlah tertentu di WCT Malls.

Contohnya, pengunjung yang membelanjakan sebanyak RM150 dan ke atas dengan maksimum 3 gabungan resit pada hari yang sama boleh menebus Thermo Flask Chupa Chups eksklusif.

Bagi perancangan masa depan, WCT Malls akan terus menawarkan pengalaman beli belah yang menyeronokkan kepada para pengunjungnya.

Pengunjung boleh mengunjungi dan membeli belah dengan hati yang tenang di sebalik penularan pandemik Covid-19.

Ini kerana pusat beli belah telah menyediakan langkah keselamatan yang komprehensif bagi mengekalkan persekitaran yang bersih, penyaman udara teknologi X nanoe? telah dipasang di seluruh premis WCT Malls melalui kerjasama strategik dengan Panasonic.

Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti di pusat beli-belah, sila layari
Laman sesawang Paradigm Mall PJ: www.paradigmmall.com.my
Laman sesawang Paradigm Mall JB: www.paradigmmall.com.my/jb
Laman sesawang gateway@klia2: www.gatewayklia2.com.my

Laman sesawang SkyPark Terminal: https://www.subangskypark.com/
Laman sesawang nanoe™ X: https://www.panasonic.com/my/nanoe.html

Click here to read original article from Siakapkeli.my.

Latest Newsroom
3/22/2024
Free Malaysia Today