WCT Malls Sasar Jualan Lebih RM2 juta
14 July 2022

SEPANG: Firma pengurusan hartanah, WCT Malls Management Sdn. Bhd optimis mampu menjana jualan peruncitan lebih RM2 juta di empat gedung belah-belah yang dikendalikannya.

Keyakinan itu disuarakan oleh Ketua Pegawai Ekse-kutifnya, Selena Chua sambil menambah usaha berkenaan juga akan dapat membantu dalam usaha pemulihan semula ekonomi negara.

"Kami amat positif dapat capai sasaran ini dan ia juga berdasarkan kejayaan diraih kompleks Paradigm Mall Johor Bahru, Johor pada Mei dan Jun lalu," katanya dalam si-dang akhbar di sini, semalam.

Terdahulu beliau menyaksikan pelancaran Shopping Extravaganza antara syarikat itu dengan kerjasama Visa dan Tourism Malaysia di Gateway, KLIA2.

Perasmian disempurnakan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Zainuddin Abdul Wahab dan disaksikan Pengarah Pemasaran Visa Malaysia, Eugene Lim.

Mengulas lanjut, Selena berkata, bagi menggalakkan pelancong asing berbelanja di gedung yang diuruskan WCT Malls, mereka ada menawarkan skim diskaun keistime-waan.

"Mereka hanya perlu mengimbas pasport antara-bangsa sebelum membuat pembayaran di kedai dengan kad Visa bagi menikmati potongan harga khas di semua premis kami," jelasnya Langkah itu ujarnya, dianggap praktikal berbanding kaedah sebelum ini yang rnenggunakan kad diskaun pelancong selain bagi mengurangkan lagi sentuhan fizikal di kaunter pembayaran.

Di samping itu katanya, untuk mengekang penularan wabak Covid-19, pelanggan digalakkan memuat naik aplikasi pembelian bagi menerima baucar elektronik atau mengimbas kod QR.

Kaedah itu jelasnya, bukan asing terutama pelancong Singapura, Thailand, Indonesia, Britain, Amerika Syarikat dan Australia yang tertinggi menggunakan kad Visa ketika membeli-belah.

Click here to read original article from Utusan Malaysia (Ekonomi).

Latest Newsroom
3/22/2024
Free Malaysia Today