Pengenalan
Sebagai sebuah konglomerat yang mempunyai kehadiran kukuh dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, pembangunan hartanah serta pelaburan dan pengurusan hartanah Malaysia, WCT Holdings Berhad (“WCT” atau “Kumpulan”) mengiktiraf bahawa operasi Kumpulan memberi impak positif dan negatif terhadap ekonomi, alam sekitar dan masyarakat (EES) melalui operasinya. Berpandukan tujuan "Membina Komuniti yang Mampan dan Sejahtera" dan dalam usaha menangani impak tersebut, WCT telah mewujudkan sebuah rangka kerja kemampanan yang berteraskan pada empat matlamat utama, iaitu Memperkasa Modal Insan, Melindungi Alam Sekitar, Meningkatkan Kesejahteraan Kehidupan dan Mengamalkan Amalan Perniagaan yang Bertanggungjawab dan Adil. Bagi menyokong matlamat ini, WCT menetapkan sasaran kemampanan yang beraspirasi tinggi melalui pelaksanaan inisiatif strategik dan penambahbaikan berterusan dalam cara operasinya dijalankan.
Dasar ini menggariskan komitmen kemampanan menyeluruh WCT serta menetapkan hala tuju bagi proses dan prosedur dalam menangani impak EES. Dasar ini hendaklah dilaksanakan secara menyeluruh dalam semua operasi WCT, termasuk bahagian perniagaan, anak-anak syarikat, dan rakan niaga. Dasar ini juga hendaklah dibaca bersama dengan dasar-dasar lain WCT yang berkaitan kemampanan.
Komitmen WCT
WCT komited untuk:
i. Meningkatkan pemahamannya secara berterusan terhadap impak yang timbul dan berpotensi timbul daripada operasinya terhadap alam sekitar, ekonomi dan masyarakat (EES), termasuk impak yang mungkin timbul dalam rantaian bekalan, di samping memperkukuh pemahaman terhadap keperluan dan jangkaan pihak berkepentingan.
ii. Mengenal pasti risiko dan peluang kemampanan yang timbul daripada operasinya serta menyelaraskannya ke dalam pertimbangan dalam setiap fasa perniagaan, daripada peringkat perancangan sehingga penyampaian produk dan perkhidmatan.
iii. Menyelaraskan strategi kemampanannya dengan komitmen dan rangka kerja berkaitan kemampanan nasional dan global, termasuk Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan prinsip United Nations Global Compact (UNGC), di mana berkenaan dan dapat diamalkan.
iv. Mewujudkan mekanisme tadbir urus yang kukuh merentasi operasinya, termasuk peranan dan tanggungjawab yang ditakrifkan dengan jelas kepada Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan, bagi memantau risiko dan peluang kemampanan dan memastikan perkara-perkara tersebut ditangani secara berkesan.
v.Menyumbang kepada kesaksamaan ekonomi dalam masyarakat Malaysia melalui pelaburannya, sokongan terhadap perniagaan tempatan, serta penggalakan peluang pekerjaan yang sama sepanjang operasinya.
vi. Membanteras amalan rasuah dalam persekitaran perniagaan di mana ia beroperasi dengan memupuk budaya etika dan integriti serta memastikan keberkesanan mekanisme Anti-Rasuah dan Anti-Penyuapan yang dilaksanakan.
vii. Menegakkan amalan terbaik alam sekitar bagi meminimumkan kemudaratan kepada alam sekitar dan mengambil tindakan untuk mengurangkan kesan kepada alam sekitar yang berpunca daripada operasinya.
viii. Menangani pelepasan gas rumah hijau dan sumbangannya kepada perubahan iklim, sambil menggabungkan langkah penyesuaian perubahan iklim ke dalam operasi, produk dan perkhidmatannya.
ix. Mengintegrasikan tindakan iklim ke dalam proses pengurusan rantaian bekalan dan memberi keutamaan kepada penyedia luar yang mempunyai komitmen iklim yang jelas.
x. Menggalakan budaya keselamatan dan kesihatan merentasi operasinya, termasuk dalam kalangan pekerja, pekerja yang terlibat bagi pihaknya, serta melalui produk dan perkhidmatan yang berhubung kait dengan pelanggan dan orang awam.
xi. Menegakkan prinsip hak asasi manusia dalam layanan terhadap pekerjanya, individu yang bekerja bagi pihaknya, serta semua pihak yang terlibat dalam pembangunan dan penyampaian produk dan perkhidmatannya.
xii.Menyokong rantaian bekalannya dalam peralihan menuju kemampanan dengan memperkenalkan amalan terbaik serta mengukuhkan proses pengurusan perolehan dan rantaian bekalannya.
xiii. Menggalakkan kemampanan dalam masyarakat melalui kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti pertubuhan bukan kerajaan, institusi penyelidikan, rakan industri dan komuniti sekitar operasinya.
xiv. Menetapkan sasaran kemampanan dan memastikan kemajuan dipantau dan dikaji secara berkala untuk membolehkan penambahbaikan berterusan dalam prestasi kemampanan bagi mencapai matlamat kemampanan yang ditetapkan.
xv. Menyampaikan prestasi kemampanannya kepada pihak berkepentingan selaras dengan piawaian pelaporan kemampanan yang ditetapkan.
Lembaga Pengarah WCT bertanggungjawab untuk menyelia pelaksanaan Dasar Kemampanan ini. Prestasi kemampanan WCT akan dipantau secara berkala sebagai sebahagian daripada rangka kerja tadbir urus kemampanan Kumpulan.
Dasar ini hendaklah dimaklumkan kepada semua bahagian perniagaan, anak-anak syarikat, rakan kongsi perniagaan, pekerja, kontraktor serta pembekal and perkhidmatan luar yang lain. Dasar ini juga hendaklah disediakan dan boleh diakses oleh pihak berkepentingan lain, termasuk pelabur dan komuniti sekitar tempat WCT beroperasi, serta pihak yang berpotensi terjejas oleh prestasi kemampanan WCT.
Dasar ini akan disemak dari semasa ke semasa bagi memastikan kesesuaian dan keberkesanannya.
Other Governance and Policies: